Polisi Privasi (BM)

Polisi Privasi (BM)

scroll for more

NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (PDPA)

NOTIS DATA PRIVASI SIME


Sime (“kami”) tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang
mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, untuk tujuan notis bertulis
ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti
yang ditakrif dalam Akta tersebut.


1. Tujuan Notis ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang
diproses oleh atau bagi pihak kami dan anda dengan ini memberikan persetujuan bagi
pemprosesan data peribadi anda (seperti yang diterangkan diperenggan dibawah).


2. Data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, alamat pos/e-mel, tarikh
lahir, nombor-nombor telefon, nombor kad pengenalan atau pasport, kewarganegaraan, bangsa,
jantina , butiran bank, butiran kad kredit, maklumat dalam format audio dan/atau video (termasuk
suara, rakaman video, televisyen litar tertutup dan rakaman keselamatan) dan imej-imej
(termasuk gambar-gambar), dan semua data peribadi lain yang kami kumpulkan semula
daripada anda selepas itu.


3. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:


(a) menyediakan jualan/perkhidmatan-perkhidmatan/produk-produk/kemudahan-kemudahan
atau faedah-faedah yang ditawarkan oleh kami atau mana-mana pihak ketiga lain yang
dilantik oleh kami atau bagi pihak kami;
(b) menyediakan, mengurus dan menyelenggara akaun anda dengan kami;
(c) pengesahan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan-pemeriksaan
rujukan/pelaporan kredit dan/atau penilaian atau penilaian risiko;
(d) memproses apa-apa bayaran-bayaran yang perlu dibayar kepada anda atau kutipan apaapa bayaran yang perlu dibayar kepada kami untuk sebarang jualan produk-produk dan/atau
perkhidmatan-perkhidmatan;
(e) pentadbiran am, semakan kredit berkala dan pengemaskinian maklumat dan akaun-akaun
anda dengan kami;
(f) membekal / memberitahu dan / atau mengemas kini anda dengan maklumat mengenai
jualan/perkhidmatan-perkhidmatan/tawaran-tawaran produk, acara-acara yang akan datang,
persidangan-persidangan, seminar-seminar dan/atau sebarang bentuk aktiviti-aktiviti
promosi dan pemasaran berhubung dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
yang ditawarkan oleh kami;
(g) menjalankan analisis pemasaran dalaman / analisis statistik ke atas kumpulan pelangganpelanggan / vendor-vendor kami dan / atau pihak-pihak ketiga yang berkaitan;
(h) pendaftaran vendor ke portal Perolehan Sime Darby Group;
(i) pendaftaran dan/atau melaksanakan sebarang urusan-urusan dengan badan-badan kawal
selia berhubung dengan mesin-mesin/peralatan/produk-produk yang dijual atau
perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh kami;
(j) memantau dan memastikan keselamatan dan keselamatan pelawat-pelawat kami dan/atau
pihak-pihak ketiga yang masuk dan keluar dari mana-mana kemudahan-kemudahan/premispremis kami;
(k) mematuhi dengan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan (PKK) kami, termasuk, tetapi
tidak terhad kepada pengeluaran kad pelawat kepada pelawat-pelawat dan/atau pihak-pihak
ketiga yang memasuki mana-mana kemudahan-kemudahan/premis-premis kami;
(l) mentadbir dan memberi kesan kepada pemprosesan apa-apa dokumentasi berhubung
dengan apa-apa urus niaga komersial yang dimasukki dan/atau sebarang urus niaga
komersial yang berpotensi untuk dilakukan antara pelanggan-pelanggan/vendor-vendor
dan/atau pihak-pihak ketiga yang berkaitan dengan kami;
(m)pengaturan-pengaturan / penyediaan dokumentasi-dokumentasi yang diperlukan berhubung
dengan kemasukan pekerja-pekerja kami dan/atau pihak-pihak ketiga yang berkaitan
dengan kemudahan darat dan luar pesisir pelanggan kami;
(n) berkomunikasi dengan anda, membalas sebarang pertanyaan-pertanyaan dan/atau
permintaan-permintaan anda atau memberikan anda maklumat yang mungkin menarik minat
dan berkaitan dengan anda;
(o) untuk bahan-bahan penerbitan-penerbitan dan publisiti-publisiti berhubung dengan kami;
(p) untuk keperluan perniagaan dan/atau operasi kami termasuk tetapi tidak terhad untuk urusan
sumber manusia dan/atau kesetiausahaan syarikat, jika perlu;
(q) melaksana dan menyelenggara system-sistem teknologi maklumat;
(r) apabila kami menganggap bahawa penggunaan atau penzahiran data peribadi sedemikian
adalah perlu untuk melindungi kepentingan kami dan menguatkuasakan hak kami, untuk
bertindak balas atau memulakan sebarang tuntutan-tuntutan atau proses-proses undangundang, walau apa pun yang timbul;
(s) sebagai sebahagian daripada tujuan-tujuan tadbir urus korporat, audit dan pematuhan kami
dengan sebarang obligasi-obligasi kawal selia, berkanun atau undang-undang yang
dikenakan ke atas kami oleh mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia dalam
menjalankan perniagaan kami;
(t) untuk mengurus perhubungan perniagaan kami dengan anda dengan lebih baik;
(u) untuk penyertaan dalam forum-forum, tinjauan-tinjauan, pertandingan-pertandingan
dan/atau mana-mana platform-platform interaktif lain;
(v) tujuan penguatkuasaan undang-undang, membantu penyiasatan-penyiasatan oleh polis
atau pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang lain dan untuk memenuhi keperluankeperluan yang dikenakan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan
atau obligasi-obligasi lain yang komited kepada pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia;
dan
(w) apa-apa maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berkaitan secara langsung
atau bersampingan dengan perkara di atas.
(secara kolektif, “Tujuan”).


4. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpul daripada:


(a) perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan kami;
(b) borang-borang permohonan atau borang-borang lain yang anda lakukan berkaitan dengan
sebarang transaksi-transaksi komersial yang dibuat dan/atau sebarang transaksi-transaksi
komersial yang berpotensi untuk dimeterai dengan kami;
(c) sumber-sumber pihak ketiga yang bebas termasuk agensi-agensi pelaporan kredit;
(d) kehadiran di mana-mana acara-acara/jerayawara yang dianjurkan oleh kami;
(e) pertanyaan-pertanyaan am apabila anda menghubungi kami menggunakan butiran-butiran
hubungan yang tersedia di laman web kami;
(f) sebarang komunikasi lisan atau bertulis;
(g) soal selidik/kaji selidik yang dikeluarkan oleh kami; dan
(h) daftar / buku log dan sebagainya kepunyaan dan/atau diselenggara oleh kami.


5. Anda boleh,dengan memberikan kami notis bertulis:

(a) menghadkan pemprosesan data
peribadi anda atau meminta kami untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan
data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung; dan/atau

(b) menarik balik persetujuan
anda (sepenuhnya atau sebahagian) untuk pemprosesan data peribadi anda, tertakluk kepada
sebarang sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk notis / permintaan
anda dilaksanakan. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menghadkan pemprosesan
atau menarik balik persetujuan anda kepada mana-mana atau semua penggunaan data peribadi
anda, ia boleh mengakibatkan:

(i) kami tidak dapat terus mentabir sebarang pengaturan atau
hubungan kontrak dan / atau perjanjian wujud antara anda dengan pihak kami;

(ii) kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana kewajipan kontrak kepada anda (jika ada);

(iii) kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Tujuan dan / atau (iv) penamatan
sebarang transaksi / perjanjian / kontrak yang diantara pihak anda dengan kami, tanpa sebarang
liabiliti di pihak kami (”Akibat”).


6. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data
peribadi anda dengan menghubungi kami seperti berikut


Jawatan: Pegawai Perlindungan Data Sime
No. Telefon: 03 – 7623 2000
Alamat E-mel: data.protection@sime.com


7. Tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut:


(a) Anda boleh, setelah membayar yuran yang ditetapkan, membuat permintaan untuk
mengakses data secara bertulis kepada kami; dan


(b) Kami boleh menolak permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan
akan melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai penolakan tersebut dan sebabsebab bagi penolakan tersebut.


8. Kami akan atau mungkin akan menzahirkan data peribadi anda kepada:


(a) anak-anak syarikat, syarikat bersekutu dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan kami;
(b) setiausaha syarikat kami dan/atau pendaftar saham;
(c) rakan kongsi perniagaan;
(d) mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak sebagai ejen kami berhubung dengan
pengedaran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami;
(e) mana-mana ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga termasuk tetapi tidak
terhad kepada mereka yang menyediakan pentadbiran, pemprosesan data, telekomunikasi,
komputer, pembayaran, kutipan hutang atau penjelasan sekuriti, penyumberan luar
teknologi, perkhidmatan-perkhidmatan pusat panggilan, berkaitan dengan operasi kami
perniagaan dan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda;
(f) syarikat-syarikat lain yang membantu mengumpulkan maklumat anda atau berkomunikasi
dengan anda, seperti syarikat-syarikat penyelidikan dan agensi-agensi pelaporan kredit;
(g) badan-badan kerajaan atau kawal selia dalam mana-mana bidang kuasa atau mana-mana
orang yang kepadanya kami mesti mendedahkan data;
(h) mana-mana organisasi-organisasi pihak ketiga yang terlibat dalam mana-mana latihanlatihan korporat yang dijalankan oleh kami, di dalam atau di luar Malaysia; dan
(i) mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk Tujuan tersebut.


9. Kami mungkin memerlukan bantuan anda jika data peribadi yang berkaitan dengan orang lain
diperlukan untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan tersebut dan anda dengan ini
bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami.


10. Sekiranya data peribadi mana-mana pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda
hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan
membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadinya untuk mana-mana Tujuan
tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.


11. Jika orang lain memberikan/menyerahkan mana-mana data peribadi anda kepada kami, anda
bersetuju bahawa anda telah memberi kebenaran untuk pemberian/penyerahan data peribadi
anda kepada kami dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami
selaras dengan Notis ini.


12. Anda wajib memberikan kepada kami data peribadi anda yang ditandakan atau dinyatakan
sebagi wajib dalam borang-borang kamianda (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda
gagal memberikan kami data peribadi wajib tersebut ia boleh menyebabkan mana-mana Akibat
(sepertimana tertera dalam perenggan 5) berkemungkinan berlaku.


13. Kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia dan anda dengan
ini memberikan persetujuan anda untuk pemindahan tersebut.


14. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah
tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini.


15. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa
Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.


16. Kami boleh mengemaskini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan
memaklumkan kepada anda tentang sebarang pindaan pada Notis ini melalui pengumuman di
laman web kami atau sebarang cara lain yang sesuai. Sebarang pemindaan kepada Notis ini
akan berkuatkuasa setelah pemakluman tersebut

You May Also Need These Solutions

0/0